Powered By Blogger

Sunday, October 24, 2010

Lawak....!!!

Kah....!!!



Apakah nama pasaraya ini....?










cuba korang tengok nama pasaraya nie.... adoila... macam mana boleh ekk... "ASS" tuh nama owner ke ader maksud lain dalam bahasa lain...? kalau ada yang tahu bolehla share k...



pandangan jauh skit dari pasaraya mini ass..... 

[[Mohd Farhan]]

Selamat Pagi Ahad

ASSALAMUALAIKUM


Selamat pagi wahai kawan-kawan yang rajin nak membaca blog aku yan tak seberapa nie... ari nie ari ahad.... boleh dikatakan family day la ekkk out of the whole 7 days a week tu kan.... yerla sometimes for those yang dah ada family sendiri tuh they need some quality time together... dah merepek plak..sebenarnya nak cakap ari nie ari ahad and aku takder apa nak buat melainkan online FB dan baca ke apa ke.... dating..??? owh tak dating ari nie sebab kene rehatkan kete sebab nak kene hantar masuk sepital esok.... biasanya korang wat apa ari ahad... nie pas subuh takleh nak tido jadik aku updatela blog nie... ada banyak jugak benda nak dicakapkan pepagi nie... banyak plak topik antara larat nak bukak satu post ke satu post yang lain ke tak je nie.... alamak... perut lapar + sakit perut.... macam nak kene termenung kejaps nie.... japs lagik sambung k...

to be continued...

[[Mohd Farhan]]

JODOH






JODOH





Renungkanlah sedalam-dalamnya ...

Tidak,
Jodoh tiada kaitan dengan keturunan. Hanya belum sampai masanya.

Ia bagai menanti jambatan untuk ke seberang. Kalau panjang jambatannya, jauhlah perjalanan kita. Ada org jodohnya cepat sebab jambatannya singkat.

Usia 25 tahun rasanya belumlah terlalu lewat. Dan usia 35 tahun belum apa2 kalau sepanjang usia itu telah digunakan untuk membina kecemerlangan.

Nyatakanlah perasaan dan keinginan anda itu dalam doa2 lewat sembahyang. Allah mendengar.

Wanita baik untuk lelaki yang baik, sebaliknya wanita jahat untuk lelaki yang jahat.

Biar lambat jodoh asalkan mendapat Mr Right dan biar seorang diri drpd menjadi mangsa lelaki yang tidak beriman kemudian nanti. Memang kita mudah tersilap mentafsir kehidupan ini. Kita selalu sangka, aku pasti bahagia kalau mendapat ini.

Hakikatnya, apabila kita benar2 mendapat apa yang kita inginkan itu, ia juga dtg bersama masalah. Bukan semua yang anda sangka membahagiakan itu benar2 membahagiakan. Bahagianya mungkin ada tapi deritanya juga datang sama. Semua benda,pasti ada baik buruknya.

Demikian juga perkahwinan. Ia baik sebab ia dibenarkan oleh agama, sunnah Nabi, sebagai saluran yang betul untuk melepaskan shahwat disamping membina sahsiah dan sebagainya, tapi ia juga buruk sebab ramai org yang berkahwin kehidupannya semakin tidak terurus. Ramai orang menempah neraka sebaik sahaja melangkahkan kaki ke alam berumahtangga.

Bukankah dengan ijab dan Kabul selain menghalalkan hubungan kelamin, tanggungjawab yang terpaksa dipikul juga turut banyak?
Bukankah apabila anda gagal melaksanakannya, anda membina dosa seterusnya jambatan ke neraka?
Berapa ramaikah yang menyesali perkahwinan masing2 padahal dahulunya mereka bermati-matian membina janji, memupuk cinta kasih malah ada yang sanggup berkorban apa sahaja asalkan segala impian menjadi nyata?

Jika tidak sanggup untuk bergelar isteri tidak usah berkahwin dulu.
Jika merasakan diri belum cukup ilmu untuk bergelar ibu ataupun ayah,belajarlah dulu.
Jika rasa2 belum bersedia untuk bersabar dgn kerenah anak2, carilah dulu kesabaran itu.Jangan berkahwin dahulu sebab kenyataannya ramai yang tidak bersedia untuk melangkah tetapi telah melompat, akhirnya jatuh terjerumus dan tidak jumpa akar berpaut tatkala cuba mendaki naik.

Berkahwin itu indah dan nikmat bagi yang benar2 mengerti tuntutan2nya.
Berkahwin itu menjanjikan pahala tidak putus2 bagi yang menjadikannya gelanggang untuk mengukuhkan iman, mencintai Tuhan dan menjadikan syurga sebagai matlamat.
Berkahwin itu sempadan dari ketidaksempurnaan insan kepada kesempurnaan insan - bagi yang mengetahui rahsia2nya.
Berkahwinlah anda demi Tuhan dan Nabi-Nya, bukan berkahwin kerana perasaan dan mengikut kebiasaan.

Jodoh usah terlalu dirisaukan, tiba masanya ia akan datang menjemput, namun perlu juga anda membuka lorong2nya agar jemputan itu mudah sampai dan tidak terhalang.

Seorang teman pernah berpesan..

"Kadang2 Allah sembunyikan matahari..
Dia datangkan petir dan kilat..
kita menangis dan tertanya-tanya, kemana hilangnya sinar..
Rupa2nya.. Allah nak hadiahkan kita pelangi.."

"Cinta yang disemadikan tidak mungkin layu selagi adanya imbas kembali.
Hati yang remuk kembali kukuh selagi ketenangan dikecapi.
Jiwa yang pasrah bertukar haluan selagi esok masih ada.
Parut yang lama pastikan sembuh selagi iman terselit didada..."



[[Mohd Farhan]]

Tulang Rusukku...

WANITA : Siapa yang paling kamu cintai di dunia ini?

LELAKI : Kamu!!!

WANITA : Menurut kamu, saya ini siapa?

LELAKI : (Berfikir sejenak, lalu menatap WANITA dengan pasti). Kamu, tulang rusukku!

Kerana Allah melihat bahawa Adam kesepian. Saat Adam sedang lena tidur, Allah mengambil rusuk Adam dan menciptakan Hawa. Semua LELAKI mencari tulang rusuknya yang hilang dan saat menemukan wanita untuknya, tidak lagi merasakan sakit di hatinya…

Setelah berkahwin, pasangan itu mengalami masa yang indah dan manis untuk sementara. Setelah itu, pasangan muda ini mulai tenggelam dalam kesibukan masing-masing dan kelelahan hidup yang ada. Hidup mereka menjadi membosankan.

Kenyataan hidup yang kejam membuat mereka mulai menyisihkan impian dan cinta satu sama lain.. Mereka mulai bertengkar dan pertengkaran itu mulai menjadi semakin panas.

Pada suatu hari pada akhir sebuah pertengkaran WANITA lari keluar rumah. Saat tiba di seberang jalan, dia berteriak "Kamu tidak cintakan saya lagi!!!". LELAKI sangat membenci ketidakdewasaan WANITA dan secara spontan juga berteriak "Saya menyesali perkahwinan ini! Kamu ternyata bukan tulang rusukku!!!

"Tiba-tiba WANITA terdiam, dan berdiri kaku untuk beberapa saat. LELAKI menyesali akan apa yang sudah dia lafazkan, tetapi seperti air yang telah tertumpah tidak mungkin untuk diceduk kembali. Dengan berlinang air mata, WANITA kembali ke rumah dan mengambil barang-barangnya, bertekad untuk berpisah.

"Kalau saya bukan tulang rusukmu, biarkan saya pergi. Biarkan kita berpisah dan mencari pasangan sejati masing-masing".

Lima tahun berlalu. LELAKI masih belum lagi berkahwin, tetapi berusaha mencari khabar akan kehidupan WANITA. WANITA pernah ke luar negeri tetapi sudah kembali. Dia pernah berkahwin dengan seorang asing dan bercerai.

LELAKI agak kecewa bila mengetahui WANITA tidak menunggu, sepertinya. Dan di tengah malam yang sunyi, dia meminum kopinya dan merasakan sakit di hatinya. Tetapi LELAKI tidak sanggup mengakui bahawa dia merindukan WANITA.

Suatu hari, mereka akhirnya bertemu kembali. Di airport, tempat di mana banyak terjadi pertemuan dan perpisahan, mereka dipisahkan hanya oleh sebuah dinding pembatas.

LELAKI : Apa khabar?

WANITA : Baik… kamu sudah menemui tulang rusukmu yang hilang?

LELAKI : Belum.

WANITA : Saya akan terbang ke New York dengan penerbangan berikut…Saya akan kembali 2 minggu lagi. Telefon saya kalau kamu berkesempatan…Kamu tahu nombor telepon saya kan ? Tidak ada yang berubah.WANITA tersenyum manis, berlalu di hujung lafaz "Selamat tinggal…"

Satu minggu kemudian, LELAKI menerima khabar WANITA adalah salah seorang korban Menara WTC. Malam itu, sekali lagi, LELAKI meneguk kopinya dan kembali merasakan sakit dihatinya.

Akhirnya dia sedar bahwa sakit itu adalah kerana WANITA, tulang rusuknya sendiri yang telah dengan bodohnya dia patahkan..

Kita menempiaskan 99% kemarahan walau kepada orang yang paling kita cintai. Dan akibatnya adalah penyesalan. Seringkali penyesalan itu datang di kemudiannya, akibatnya setelah kita menyedari kesalahan kita, semua sudah terlambat…..

Kerana itu, jagalah dan sayangilah orang yang dicintai dengan sepenuh hati… Sebelum mengucapkan sesuatu berfikirlah dahulu, apakah kata kata yang kamu ucapkan akan menyakiti orang yang dicintai?

Kira merasakan akan menyakitinya, sebaiknya jangan pernah dilafazkan. Kerana semakin besar risiko untuk kehilangan orang yang dicintai. Jadi berfikirlah, apakah kata-kata yang akan dilafazkan sebanding dengan akibat yang akan diterima?


[[Mohd Farhan]]

Saturday, October 23, 2010

Classic



[[Mohd Farhan]]

[[Mohd Farhan]]

Mohd Farhan | NetworkedBlogs on Facebook

Mohd Farhan | NetworkedBlogs on Facebook

Salam 1 malaysia...
disebabkan malam minggu nie aku tak keluar dan duduk umah...x tau nak share apa dalam blog nie memandangkan blog aku nie pun takder bernda yang bes sangat pun...sebab jarang sangat update...tp nak ada blog... tapi malas nak update..macam mana tu...apapun aku akan cuba mengUPDATEkan blog nie secara aktif + inovatif + akumulatif dan segala bagai from now on... hehehe..cuba lah... orang lain ada blog..aku pun sibuk nak ada blog tapi tak tau macam mana nak blogging...just a simple one... try muatkan dengan good/bad information dalam blog nie...terpulang pada yang membaca untuk menilainya...k.... see ya later alligator...


[[Mohd Farhan]]

Friday, September 24, 2010

Facebook | Texas HoldEm Poker 德州撲克

Facebook | Texas HoldEm Poker

This is one of the sick games that makes people so addicted with it... the interface is so real as if u were inside a casino sitting at a table with ur cards... fighting all the way for the best of luck....

[[Mohd Farhan]]