Powered By Blogger

Saturday, October 30, 2010

Pak Pandir

Pak Pandir menunjukkan kepandaiannya....

Nak dijadikan cerita, suatu hari pak pandir melalui satu lorong yang kecik semasa hendak pulang ke rumahnye. Entah macamana, di tengah perjalanannye tadi dia terjumpe seketul taik yang masih panas. Tapi dia masih konpius sama ada betul ke bende yang dia jumpe tu seketul taik.
Oleh kerana kemusykilan yang teramat sangat tu, pak pandir ambil keputusan untuk mengkaji sampel najis berkenaan. Pak pandir tengok ngan lebih dekat taik tersebut, lalu dia berkata, 'Bentuk macam taik...' Lepas tu dia pegang pulak taik tu, lalu dia berkata,'Lembik...macam taik.'Lepas tu dia ambik sikit taik tu lalu dia hidu taik tu, lepas tu dia berkata, 'Bau macam taik.'Oleh kerana pak pandir ni masih ragu-ragu dengan taik tu lalu dia pun mengambil keptusan untuk menjilat sedikit taik tersebut.
Sebaik sahaja dia menjilat taik berkenaan dia pun menjerit... 'MEMANG TAIK! NASIB BAIK AKU TAK TERPIJAK!!!

[[Mohd Farhan]]

LepakiNG di RumaH....

Assalamualaikum,

Hye apa khabar my frens... hurmm...actually aku masih tak reti nak menulis blog nie... or nak memblogkan diri dats y my blog nie looks so dull n boring... ari nie ari sabtu... aku baru je balik bershopping di pasar NSK selayang with my beloved auntie Rohana aka Makta... kebiasaannya memang pada setiap hari sabtu kami berdua akan ke pasar NSK untuk beli barang2 dapur basah dan kering untuk bekalan rumah selama seminggu... jadiknya...eh kejaps... pasar NSK ke apa nak panggil NSK nie...dia memang berbentuk pasar and berkonsepkan pasar cuma dia ada aricond je... so agak selesa la kalau nak berbeli belah disitu...manakala kalau nak dibandingkan harga barang2 di NSK dan ditempat lain kan...barang2 di NSK ini jauh lebeh murah...itu hanya dari segi pengetahuan aku la setakat nie... tak taulah kalau ada tempat lain yang OK harganya... kalau korang ada info bolehlah share dengan aku disini.... so pas balik berbeli belah nie... lek kat atas and apa lagi... berFESBUK la aku... hehehe.... okek... so apa lagi nak disambung... takper jap lagi kalau ada idea aku sambung menaep kat blog ok.... see ya... kalau rajin addla aku kat FB yer....as advertise...

to be continued...

[[Mohd Farhan]]

Sunday, October 24, 2010

Baik Terhadap Isteri

.:Berbuat Baik Terhadap Isteri: Hak Yang WAJIB Ditunaikan Suami:.

Salam..lamanyer tak update blog..rindu pulak rasanya..to olz my dear followers yg tak tau, here i'd like to annouce yg i've been married to mr. bard pada 18th september yg lalu..lebih kurang 2 mggu lebih dah melayari bahtera rumahtangga nie..baru sesangat..(^_^).. erm, entry harini pun i nak share 1 article yg i've read dis morning..tajuknyer seperti yg ada kat atas tu..so interesting..enjoy reading guys...
Hukum Mendatangkan Mudarat Kepada Isteri

Haram hukumnya suami mendatangkan mudarat kepada isteri tanpa ada sebab-sebab yang hak, kerana mendatangkan mudarat kepada orang lain adalah suatu kezaliman. Manakala melakukan kezaliman adalah haram, kerana Allah Subhanahu wa Ta‘ala tidak menyukai orang-orang yang berlaku zalim. Jika mendatangkan mudarat kepada orang lain dihukumkan haram maka adalah lebih utama pula larangan tersebut kepada isteri kerana syariat telah berpesan kepada para suami untuk menjaga isteri dan bergaul dengan cara yang baik.

Mudarat yang dilarang dilakukan kepada isteri terbahagi kepada:
i. Mudarat fizikal. Contohnya, memukul isteri.
ii. Mudarat yang bukan fizikal. Contohnya, mengeluarkan perkataan yang tidak baik kepada isteri.

Larangan mendatangkan mudarat kepada isteri banyak disebutkan di dalam al-Qur’an. Antaranya dalam firman Allah Subhanahu wa Ta‘ala:

“…Dan isteri-isteri itu mempunyai hak yang sama seperti kewajipan yang ditanggung oleh mereka (terhadap suami) dengan cara yang sepatutnya (dan tidak dilarang oleh syara‘). Dalam pada itu orang-orang lelaki (suami-suami itu) mempunyai satu darjat kelebihan atas orang-orang perempuan (isterinya). Dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.”(Surah al-Baqarah: 228)

Ayat tersebut menjelaskan bahawa adanya hak isteri ke atas suami seperti mahar, mencukupkan nafkah, tidak melakukan mudarat kepada isteri dan yang seumpamanya. Selain daripada itu, suami yang menthalaq isterinya juga dilarang memudaratkan isteri yang dalam ‘iddah dengan kembali (ruju‘) kepada isteri apabila tempoh ‘iddah hampir selesai dengan tujuan untuk mendatangkan kesusahan atau mudarat kepada isteri. Allah Subhanahu wa Ta‘ala berfirman:

“...Dan apabila kamu menceraikan isteri-isteri (kamu) kemudian mereka (hampir) habis tempoh eddahnya, maka bolehlah kamu pegang mereka (ruju‘) dengan cara yang baik, atau lepaskan mereka dengan cara yang baik. Dan janganlah kamu pegang mereka (ruju‘ semula) dengan maksud memberi mudharat, kerana kamu hendak melakukan kezaliman (terhadap mereka); dan sesiapa yang melakukan demikian, maka sesungguhnya dia menganiayai dirinya sendiri.”(Surah al-Baqarah: 231)

Ayat tersebut melarang suami yang berniat untuk memberi mudarat kepada isteri. Suami yang menthalaq isteri diperintahkan sama ada kembali (ruju‘) kepada isteri tanpa ada tujuan untuk memudaratkan atau melepaskan isteri sehingga selesai ‘iddahnya.

Di dalam kitab ‘Aunul Ma‘bud syarh Abi Daud, diterangkan mengenai hadits Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam yang menjelaskan mengenai dengan suruhan memberi makan dan pakai kepada isteri serta larangan memudaratkan isteri.
Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam ditanyakan mengenai dengan hak isteri ke atas seorang suami. Baginda Shallallahu ‘alaihi wasallam menjawab:

“...Hendaklah kemu memberinya makan apabila kamu makan, memberinya pakaian apabila kamu berpakaian atau kamu beroleh penghasilan, dan janganlah kamu memukul muka (isteri), jangan memburuk-burukkannya dan jangan memisahkan diri dari mereka kecuali di dalam rumah.”(Hadits riwayat Abu Daud)

Hadits tersebut melarang memukul isteri pada muka kerana muka merupakan anggota yang penting dan zahir dilihat. Begitu juga dilarang suami mengeluarkan perkataan tidak baik kepada isteri, tidak mengeji serta memaki isteri. Seandainya isteri nusyuz suami janganlah berpindah ke rumah lain (meninggalkan isteri), kerana yang dimaksudkan bagi isteri yang nusyuz adalah dipisahkan tempat tidurnya iaitu tidak tidur bersama-sama.

Memudaratkan isteri secara fizikal seperti menampar, memukul, menyepak isteri adalah dilarang kerana perbuatan seumpama ini amat jauh dari konsep pergaulan baik suami isteri sebagaimana yang dituntut syara‘.
Jikapun isteri melakukan kesalahan, suami diperintahkan untuk menasihati isteri kerana mungkin dengan nasihatnya isteri akan sedar akan kesalahan yang dilakukan. Menasihati isteri kerana kesalahan yang dilakukannya ada disebutkan dalam perkara isteri nusyuz. Sunat seorang suami menasihati isterinya yang nusyuz dan memujuk isteri dengan cara mengambil hati, umpamanya dengan memberikan sesuatu. Suami dibenarkan memukul isteri yang nusyuz hanya setelah nusyuz isteri jelas berterusan (setelah suami menasihati dan memisahkan tempat tidurnya).
Cara memukul yang dibenarkan oleh syara‘ pula ialah pukulan yang tidak mendatangkan mudharat kepada isteri, iaitu tidak boleh memukul isteri dengan pukulan keras, tidak boleh memukul pada muka atau pada anggota-anggota isteri yang mudah cedera. Tujuan pukulan tersebut adalah bagi maslahah suami sendiri iaitu supaya isteri kembali taat semula kepadanya. Oleh yang demikian, adalah lebih baik jika suami tidak memukul isteri jika dirasakan tidak perlu.

Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam Sebagai Suami Mithali

Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam merupakan suami mithali yang patut dicontohi. Sabda Baginda Shallallahu ‘alaihi wasallam dalam hadits yang diriwayatkan dari ‘Aisyah Radhiallahu ‘anha:

“...Sebaik-baik (manusia) antara kamu adalah yang paling baik kepada keluarganya. Dan aku adalah yang paling baik kepada keluargaku daripada kalangan kamu.”(Hadits riwayat Ibnu Hibban)
Pergaulan Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersama dengan isteri-isterinya adalah pergaulan baik yang sentiasa penuh dengan kemesraan, antaranya Baginda Shallallahu ‘alaihi wasallam bergurau senda dengan keluarganya, bersikap lemah lembut terhadap mereka dan mengagihkan nafkah sebagaimana yang diperintahkan syara‘ kepada para suami. Inilah antara pergaulan baik Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersama isteri-isteri Baginda yang patut dicontohi oleh para suami.
Sebagai kesimpulan, seorang suami bertanggungjawab memelihara hak-hak isteri yang diamanahkan oleh syara‘ ke atasnya. Antaranya berbuat baik kepada isteri kerana ia berupa perintah Allah Subhanahu wa Ta‘ala kepada kaum lelaki. Selain itu juga, suami tidak boleh mencuaikan nafkah isteri, kerana dengan mengabaikan pemberian nafkah tersebut, suami bukan sahaja telah melanggar apa yang diperintahkan oleh syara‘ bahkan perbuatannya akan mendatangkan kesusahan kepada isteri. Yang jelas, Islam amat menitikberatkan soal hak dan sama sekali tidak membenarkan suami mengabaikan hak-hak isteri.


[[Mohd Farhan]]

Eh !

Rozita Che Wan..?? Woooooh... artis malaysia makin Garang and the vast... tak lama dari hollywood akan wujudnya MalayWOOD... malaysia mampu lahirkan artis2 berkriteria seperti artis2 wanita di Hollywood... adakaha anda setuju dengan pendapat saya... jika setuju sila angkat kaki..!

bersambung...

[[Mohd Farhan]]

KENTOT !!!

Pagi ahad nie agak relaks dan tenang untuk aku update sikit sikit blog aku nie... yang mana dah lama sangat x update...nie haaa ada cerita kisah TAHAN KENTOT... tapi doktor cakap kalau kentot nie maknanya kita sehat kan... jadik...kentotlah kalau terasa nak kentot... jangan tahan kentot... kang sumbat saluran kentot tu kang.... hehehehe..... ceritanya begini...


Seorang jejaka pergi makan malam kerumah orang tua kekasihnya.

Ini adalah makan malam pertama dengan keluarga kekasih dan dia begitu gugup.

Mereka semua duduk di sebuah meja makan dan mulai menikmati hidangan enak yang tersaji.

Beberapa saat kemudian si jejaka mulai merasa kurang selesa akibat rasa gugup yang keterlaluan dan broccoli casserole yang dimakannya.

Hampir menangis rasanya ia berusaha menahan kentut. Namun karena sudah tidak tahan, tak ada pilihan lain, dia putuskan untuk mengeluarkan sedikit kentut agar terasa agak lega.

Kentut itu tidak begitu nyaring, tapi semua orang di meja makan mendengar bunyi kentutnya.

Belum sempat rasa malu menyerbu si jejaka, bapa kekasihnya melihat ke anjing keluarga yang asyik mengendus-endus di kaki si jejaka, dan berkata dalam nada yang agak tinggi,”Doggy!”

Si jejaka berfikir, “wah ini bagus!” dan segaris senyum lebar menghias wajahnya. Beberapa minit kemudian, dia mulai merasa tidak selesa lagi.

Kali ini, dengan tanpa malu-malu di lepaskannya kentut dengan bunyi yang lebih kuat.

Bapa kekasihnya kembali menatap anjing keluarga mereka dan berteriak, “Celaka Doggy!”

Sekali lagi si jejaka tersenyum dan berfikir, “bagus!” beberapa minit kemudian si jejaka merasa perlu mengeluarkan kentut lagi.

Kali ini dia tanpa berfikir panjang dia melepaskan kentut begitu saja, bunyi kentutnya kali ini boleh menyaingi bunyi kereta api.

Sekali lagi bapa kekasihnya melihat ke anjing keluarga dengan pandangan jijik dan berteriak, “Celaka Doggy!”, cepat pergi dari lelaki itu sebelum dia berak diatas kamu!”


[[Mohd Farhan]]

Perihal Telur Setengah Masak dan Khasiatnya

Aziz dan Ani membawa anak lelaki mereka yang berusia 6 tahun ke klinik. Walaupun pada mulanya agak malu dan segan, akhirnya mereka membuka mulut juga menceritakan kebimbangan mereka tentang kemaluan anak mereka yang agak kecil berbanding kanak-kanak lain yang sebayanya.


Selepas melakukan pemeriksaan, doktor berkata;
“beri makan telur separuh masak setiap pagi. Lama-lama besarlah tu.”

Besok pagi, apabila anak lelaki mereka hendak bersarapan, terkejutlah dia melihat ada 10 biji telur di meja makan..

“Telur ni untuk saya ke mak?”, tanya si anak..

“Engkau makan dua biji saja. Yang lain tu untuk ayah kau punye”, kata emaknya..


Haa...Hang Pikir lah sendiri……..!



[[Mohd Farhan]]

A Great Love Story In China

A Great Love Story In China

Satu kisah cinta datangnya dari negara China dan langsung menyentuh perasaan seisi dunia. Kisah ini adalah kisah seorang laki-laki dan seorang wanita yang lebih tua darinya, yang melarikan diri untuk hidup bersama dan saling mengasihi dalam kedamaian selama setengah abad..Laki-laki China berusia 70 tahun itu telah memahat 6000 anak tangga dengan tangannya (hand carved) untuk isterinya yang berusia 80 tahun itu meninggal dunia di dalam gua yang selama 50 tahun terakhir menjadi tempat tinggal mereka. 50 tahun yang lalu, Liu Guojiang, pemuda 19 tahun, jatuh cinta pada seorang janda 29 tahun bernama Xu Chaoqin. Seperti pada kisah Romeo dan Juliet karangan Shakespeare, teman-teman dan kerabat mereka mencela hubungan mereka kerana perbezaan usia di antara mereka dan kenyataan bahwa Xu sudah punya beberapa anak...Pada waktu itu masyarakat tidak dapat menerima dan menganggap tidak bermoral bila seorang pemuda mencintai wanita yang lebih tua..Untuk menghindari gossip murahaan dan celaan dari lingkungan masyarakatnya, pasangan ini memutuskan untuk melarikan diri dan tinggal di sebuah gua di Desa Jiangjin, di sebelah selatan Chong Qing. Pada mulanya kehidupan mereka sangat menyedihkan karena tidak punya apa-apa, tidak ada letrik atau pun makanan. Mereka harus makan rumput-rumputan dan daun kayu yang mereka temukan di gunung itu. Dan Liu membuat sebuah ampu minyak tanah untuk menerangi hidup mereka. Xu selalu merasa bahwa ia telah mengikat Liu dan ia berulang-kali bertanya,"Apakah kau menyesal?" Liu selalu menjawab "Selama kita rajin, kehidupan ini akan menjadi lebih baik". Setelah 2 tahun mereka tinggal di gunung itu, Liu mulai memahat anak-anak tangga agar isterinya dapat turun gunung dengan mudah. Dan ini berlangsung terus selama 50 tahun. Setengah abad kemudian, di tahun 2001, sekelompok pengembara (adventurers) melakukan explorasi ke hutan itu. Mereka terheran-heran menemukan pasangan usia lanjut itu dan juga 6000 anak tangga yang telah dibuat Liu. Liu Ming Sheng, satu dari 7 orang anak mereka mengatakan, "Orang tuaku sangat saling mengasihi, mereka hidup menyendiri selama lebih dari 50 tahun dan tak pernah berpisah sehari pun. Selama itu ayah telah memahat 6000 anak tangga itu untuk menyukakan hati ibuku, walau pun ia tidak terlalu sering turun gunung. Pasangan ini hidup dalam damai selama lebih dari 50 tahun. Suatu hari Liu yang sudah berusia 72 tahun pengsan ketika pulang dari ladangnya. Xu duduk dan berdoa bersama suaminya sampai Liu akhirnya meninggal dalam pelukannya. Karena sangat mencintai isterinya, genggaman Liu sangat sukar dilepaskan dari tangan Xu, isterinya. "Kau telah berjanji akan memeliharakanku dan akan terus bersamaku sampai aku meninggal, sekarang kau telah mendahuluiku, bagaimana aku akan dapat hidup tanpamu?" Selama beberapa hari Xu terus-menerus mengulangi kalimat ini sambil meraba peti jenazah suaminya dan dengan air mata yang membasahi pipinya...Pada tahun 2006 kisah ini menjadi salah satu dari 10 kisah cinta yang terkenal di China, yang dikumpulkan oleh majalah Chinese Women Weekly.. Pemerintah telah memutuskan untuk melestarikan "anak tangga cinta" itu, dan tempat kediaman mereka telah dijadikan muzium agar kisah cinta ini dapat terus hidup.


[[Mohd Farhan]]

Love Versions

The Original Version
If you love somebody,
Set it free...
If it comes back, it's yours,
If it doesn't, it never was yours...

The Pessimist Version
If you love somebody, Set her free ...
If she ever comes back, she's yours,
If she doesn't, well, as expected, she never was.

The Optimist Version
If you love somebody, Set her free ...
Don't worry, she will come back.

The Suspicious Version
If you love somebody, Set her free ...
If she ever comes back, ask her why.

The Impatient Version
If you love somebody, Set her free ...
If she doesn't comes back within some time limit, forget her.

The Patient Version
If you love somebody, Set her free ...
If she doesn't come back, continue to wait until she comes back ...

The Playful Version
If you love somebody, Set her free ...
* If she comes back, and if you love her still, set her free again,
repeat *

The Bill Gates Version
If you love somebody, Set her free...
If she comes back, I think we can charge her for re-installation fees and tell her that she's also going to get an upgrade.

The Statistician's Version
If you love somebody, Set her free...
If she loves you, the probability of her coming back is high
If she doesn't, your relationship was improbable anyway.

The MBA Version
If you love somebody set her free...
instantaneously...
and look for others simultaneously.

The Psychologist's Version
If you love somebody set her free...
If she comes back, her super ego is dominant
If she doesn't come, back her id is supreme
If she doesn't go, she must be crazy.

The Finance Expert Version
If you love somebody set her free...
If she comes back, its time to look for fresh loans.
If she doesn't, write her off as an asset gone bad.

The Marketing Version
If you love somebody set her free...
If she comes back, she has brand loyalty
If she doesn't, reposition the brand in new markets.

The Possessive Version
If you love somebody don't ever set her free.

Ok...after reading it... which one of the above suits you...?


[[Mohd Farhan]]

Privacy or Secrecy .. ???

Hmm.. I really dunno where to start..but there's a lot of things i'd like to share here..why been so secretive? emm..soalan yang tiada jawapan..haha.. tak salah if we want to be so secretive about sumthing.. there's must be a solid reason for it... i guess.. then, what bout privacy? everything personal seems to be so private to an individual.. i do have my own secret dat i just can't tell..of course la..da namanya secret..hahaha.. what bout privacy then? my life is my privacy... but people keep invading my personal life.. why ha? soalan yg tiada jwpan gak kot.. huhu.. hmm.. here are some people say bout secret vs private..




"I think there is a difference, but I can't explain my logic."


"I find secrecy to be more deceptive, but I'm not sure why. Like privacy is keeping information to yourself for safety, but secrecy is if you're deceiving someone. I only feel this way when comparing the two words, though. Like I said, I don't know why."


"I think it depends on what you're hiding. If you're hiding your social security number and an addiction to online shopping, it doesn't really matter in either the work place or personal life. If you're hiding embezzlement issues and adultery, it doesn't matter if you call it "privacy," it's still wrong." 

So, fikir-fikir dan renung2 kanlah..selamat beramal... :)




[[Mohd Farhan]]

CinTa....

Suatu ketika plato terlibat pembicaraan dengan gurunya...

Plato mempertanyakan makna cinta dan gurunya pun menjawab: "masuklah ke dalam hutan, pilih dan ambillah satu batang ranting yg menurutmu paling baik, tetapi engkau haruslah berjalan ke depan dan jangan kembali ke belakang. Pada saat kau sudah memutuskan pilihanmu, keluarlah dari hutan dengan ranting tersebut".

Maka masuklah Plato ke dalam hutan dan keluarlah Plato tanpa membawa sebatang rantingpun. Gurunya bertanya, maka jawab Plato: "Saya sebenarnya sudah menemukan ranting yg bagus, tetapi saya berfikir barangkali didepan saya ada ranting yang lebih baik. Tetapi setelah saya berjalan ke depan ternyata ranting yg sudah saya tinggalkan tadilah yg terbaik. Maka saya keluar hutan tanpa membawa apa-apa."

Guru itupun berkata:"itulah cinta"

Lalu Plato pun bertanya apa makna perkahwinan. Gurupun menjawab:"Sama seperti ranting tadi, namun kali ini engkau haruslah membawa satu pohon yang kau fikir paling baik dan bawalah keluar dari hutan."

Maka masuklah Plato ke dalam hutan & keluarlah Plato dengan membawa pohon yg tidak terlalu tinggi juga tidak terlalu indah.Gurunya pun bertanya, maka jawab Plato: "Saya dapati pohon yang indah daunnya, besar batangnya... tetapi saya tak dapat memotongnya dan pastilah saya tak mampu membawanya keluar dari dalam hutan... akhirnya saya tinggalkan. Kemudian saya menemui pohon yang tidak terlalu buruk, tidak terlalu tinggi dan saya fikir mampu membawanya kerana mungkin saya tidak akan menemukan pohon seperti ini didepan sana. Akhirnya saya pilih pohon ini kerana saya yakin boleh merawatnya & menjadikannya indah." Lalu sang guru berkata:"Itulah makna perkahwinan."
Begitu banyak pilihan di depan kita seperti pohon-pohon beserta rantingnya didalam hutan, tapi kita mesti menentukan satu pilihan dan bila terlalu memilih... tidak satupun akan kita dapati, kerana kesempatan itu hanya sekali & kita harus terus maju seperti waktu yg ke depan yg tidak pernah tersimpan pada hari semalam & bersemayam pada masa lalu kita.

[[Mohd Farhan]]